Followers

Tuesday, 22 May 2012

penderaan

aku sedang mengalami penderaan emosi dan fizikal
penderaan yang amat teruk
bila malas menguasai diri
aku dera diri untuk tonton asian food channel
dengan harapan kelaparan pon hilang
sungguh terdera

aku dera usus perut aku untuk telan milo berjug-jug
dengan harapan menambah tenaga
oooohhhh....terdera

bila angka di mesin penimbang tak berubah angka
emosi sekali lagi terdera
aduh.....tolong....penderaan....
aku perlu talian hayat......

p/s : dah baca luahan hati aku???....agak2 hempa simpati ka dak...???

Thursday, 17 May 2012

saya mengaku saya malas

aku mengaku aku malas
aku lapar
tapi aku malas nak masak
sebab aku malas
aku derita kelaparan
sebab aku malas
aku derita kehausan
oh malas....pergilah kau dari aku...
malas betoi....

Wednesday, 16 May 2012

selamat hari guru....


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara merupakan tema hari guru 2012. Hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku berkaitan dengan sekolah dan juga berkaitan dengan guru.

Aku mula bersekolah di tadika Children's Corner. Tak banyak yang aku ingat pasal tadika ni. Tapi yang bestnya teacher tadika pernah ajar lagu bahasa cina. Seronok sangat.....

...tang wong mendung chai ici...chai ici...chai ici...tang wong mendung chai ici...cengkuailer ubi....ni twi ni siau sisi...ni twi ni siau haha...tang wong mendung chai ici...cengkuailer ubi...

Lebih kurang macam tu la lagu dia. Kalau wording tu salah dan membawa maksud lain...maafkan saya...

Lepas tu dari darjah 1-6 aku habiskan di SK Sultanah Asma one of the best primary schools in Alor Star. Cikgu yang paling aku ingat mestilah Cikgu Sh. Zamrud. Dia ni cikgu aku masa darjah 1. Baik sangat orangnya. Cikgu yang kedua yang paling aku ingat mestilah Mrs Ong. I'm sorry teacher. Saya memang tak pandai maths, dari dulu sampai la saya bergelar guru. Maths boleh bikin kepala saya berdenyut2 dan rasa nak muntah kalau tengok nombor banyak2. Kalau saya dapat jumpa teacher saya nak khabarkan khabar gembira ni untuk teacher. Yang saya yang tak pandai maths ni dah berjaya jadi seorang guru, guru bahasa inggeris :)

Masa sekolah menengah aku berjaya menempat diri di SMK Sultanah Asma. Sekolah ni pon merupakan one of the best secondary schools in Kedah. Banyak cikgu yang aku ingat. Antaranya Cikgu Khatijah Hassanar, cikgu bm masa form 3. Cikgu Khatijah cool saja. Selalu layan saja karangan aku yang ntah hapa2 aku karang hehehehehhehe...

Puan Chan yang ajar seni masa form 1-3. Dia ni kelakar betoi. Puan Chan panggil aku captain hook. Masa form 3 geng aku selalu dapat buat kerja seni kat luar sebab dia kata kami bising dan kami satu geng memang suka buat kerja seni kat luar dekat pondok belakang bilik media...dan yang dia tak marah bila tiap kali kami buat kerja luar bilik seni hasil seni lebih memberansangkan. Ohhh...terpuji diri sendiri pulak... ngeeee... :p

Cikgu Rosli my form teacher masa form 5. Dia bukan reti nak penggey aku dengan nama aku. Cikgu Rosli panggey aku Basheer, sempena nama bapak aku. Haih...macam2. Aku selalu jugak bergaduh dengan Cikgu Rosli. Ada sekali tu masa tu dah dekat SPM. Cikgu Rosli kata kat aku, "...aku rasa hang orang pertama nak pi pejabat pos beratur pi beli borang maktab".... Dengan kurang asamnya aku jawab, aku tak minat nak jadi cikgu. Nak jadi cerita aku memang masuk maktab perguruan lepas SPM. Kebetulan sekolah ada bagi sijil ucapan tahniah dari Menteri Besar Kedah, aku antara salah seorang penerima sijil tersebut. Masa lepas terima sijil aku terserempak dengan Cikgu Rosli. Dengan sengih dia kata..."...aku dh kata...hang mesti jadi cikgu...". Sampai la aku ingat cerita ni. Terima kasih cikgu. Mustajab doa cikgu, nasib baik saya jadi cikgu kalau jadi kacang hantu...ha baru nak haru hehehehehheheehe....

Di Maktab Perguruan pulak mestilah Cik Zaid yang ajar seni. Sebab apa aku ingat Cik Zaid, dia ni sebijik macam maskot KFC huahauhauahuahuahau. Sebab durhaka dengan Cik Zahid, sampai sekarang aku cuma pandai lukis macam budak tadika saja. Nak suruh aku lukis potret soheh jadi muka beruk muahhahhahahahhahaa....

Macam2 kan kenangan kalau berkaitan dengan sekolah. Ada pahit...ada manisnya. Terima kasih cikgu, tak ternilai ilmu yang cikgu curahkan.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca...
-sajak usman awang-




Wednesday, 9 May 2012

aku rindu dia...

kata orang tak kenal maka tak cinta
aku kenal dia
dan aku cinta dia

rindu dengar dia membebel
".....min...solat...asyik tengok tv saja....pegi solat dulu...baru tengok tv....."
".....min...kemas la rumah...ni rumah ka apa ni...."
".....min...lipat baju....sakit mata abang tengok baju menimbun...."

rindu bau dia
rumah ni dah tinggal bau aku saja
tak best

rindu dengar dia buat lawak yang tak berapa nak kelakar

rindu bila dia gelak bila dengar aku buat lawak yang sama saja tak berapa nak lawak

lambatnya lagi dia nak balik.....

aku rindu dia.....

Monday, 7 May 2012

tahniah...anda dah 30 tahun.... :)


akhirnya mr lobak dah masuk 30 tahun
dia kata...rasa macam tua saja bila sebut umoq 30 tahun...
relaks...age is just a number...
tak sambut beria pon
dah duduk dua orang
tapi aku usaha jugak la buat surprise party
beli kek makan dua orang sampai seminggu muahahhahahahaha...habis best birthday party aku :p
nak bawak kek pi sekolah nanti banyak pulak komen peminat...jadinya makan sendiri lah...
bagus jugak....kurang2 bila balik skolah lapar saja...bukak peti ais ada benda nak makan...
wah...gaya macam aku beli kek untuk diri sendiri saja...kebetulan...
mr lobak tengah diet...dia makan kek pon sepotong saja....
sapa lagi nak tolong perabih kalau buka aku kan hehehhehehehehehehe...
hadiah pulak...nasib dia dah bagi hint awai2 senang la nak cari....
nasib benda senang...buatnya mintak beruang kutub ka...
gajah afrika ka...mana nak cari kan muahahahahhahaha...
habis2 bawak pi zoo sajalah hauhauhauhau....lawak hat tak berapa nak gelak :p 

yang penting mr lobak happy....aku double happy.... :)

p/s : bila kenang2 balik....kesian kami dua orang...tahun 2008 lah tahun paling tak celebrate  
        birthday...tahun tu masing2 simpan duit nak buat kenduri kawen :)

Tuesday, 17 April 2012

:)

biarpon dia kata saya tak cantik
tapi qasrina kata saya cantik
awak itu saja memang tak reti menilai apa itu cantik
budak darjah dua pon tahu apa itu cantik
cantik tak semestinya pada rupa

p/s : senyuman ikhlas mampu buat ogre macam shrek pon nampak comel :)

Monday, 26 March 2012

mari kita enjoy.....

seronoknya......suka kalau bagi main macam ni.......


oohhh...dah macam chinese ghost dah memasing dengan kad kat dahi hehehehehhe.....


baiyah dah macam cikgu dah ha.....hehehehehehhehe.....sampai terteleng leher shahrizal :)


******************
ooohhhh....sungguh suka kalau teacher haida yang suka membebel bagi main macam ni
riuh rendah semua orang
dan aku pun tak la serabut sangat kepala biar pon kelas bising
yang penting budak enjoy dan dia faham apa yang dia main...based on apa yang dia dah belajar

p/s: nak siapkan word cards....dah janji ngan bebudak nak main dalam kelas esok :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...