Followers

Sunday, 12 February 2012

terima kasih semua :)


terima kasih atas ingatan dan ucapan
serta doa dari sahabat2 semua
semoga doa kalian dimakbulkan Allah....amin......

terima kasih buat mr lobak
surprise party abang memang menjadi
biarpon cuma ada abang, min dan kusyen kartun
majlis tetap meriah dengan makan2
min suka....
sangat suka dengan majlis makan2 hehehehehehhehehe......

teringat dengan perbualan bersama teman2 di bilik guru
bercerita tentang sambutan hari lahir
seorang cikgu lelaki berkata
"selamat menghampiri kematian"
terkejut aku dengan kata2 cikgu lelaki tu
tak pandai nak respon apa
mulanya aku rasa marah
bila dalam keadaan tenang
bila aku fikirkan setiap butir bicara
ya....memang benar setiap kata2 tersebut

aku dah tua
hari lahir seharusnya mengingatkan aku tentang kehidupan di sana
jangan lalai dan leka dengan urusan dunia
perlu perbanyakkan amal
perlu perbanyakkan bekalan
perlu bersyukur dengan setiap dugaan dan cubaan hidup
hari ini perlu lebih baik dari hari semalam
kerana hari esok belum tentu
perlu perubahan
perlu lebih berusaha
insyaAllah.......

p/s : terima kasih cikgu abdul rahman......mengingatkan aku tentang umur yang semakin hampir dengan kehidupan yang di sana nanti......

2 idea bernas:

fham5579 said...

suka dgn tindakan mr lobak utk isterinya itu.....semoga bahagia ok

yang jauh di sana said...

amin.....thank you mummy hanim :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...